Berang ibu kahwin lagi, pemuda bakar rumah hingga ragut nyawa nenek

A turut mengalami kesan melecur pada tangan dan mukanya. Foto Agensi
A turut mengalami kesan melecur pada tangan dan mukanya. Foto Agensi
A
A
A

MAKASSAR - Gara-gara ibunya berkahwin lagi, seorang lelaki nekad membakar rumahnya sendiri tanpa menyedari neneknya terperangkap dalam kebakaran itu.

Kejadian di Jalan Barawaja Timur, Kecamatan Panakkukang, Kota Makassar, Sulawesi Selatan pada akhir minggu lalu itu turut menjadi tular di media sosial.

Pelaku dikenali sebagai A, 36, dan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika melakukan perbuatan itu.

Tindakan melulu A bagaimanapun telah meragut nyawa neneknya, Dg Ngai, 63.

Jurucakap polis, AKP Aris Satrio berkata, pada awalnya mereka menyangka kebakaran itu bukan berpunca daripada perbuatan khianat.

"Tetapi, siasatan lanjut akhirnya membongkar perbuatan A. Pelaku membakar kediaman keluarganya dengan sengaja. Dia sempat melarikan diri sebelum berjaya diberkas oleh pihak berkuasa," jelasnya lagi.

Menurutnya, motif sebenar A berbuat demikian masih disiasat meskipun mereka mendapat maklumat bahawa pelaku kecewa selepas ibunya menikah lagi tanpa pengetahuannya.

Difahamkan, A juga mengalami kesan melecur pada tangan dan mukanya.

Dia didakwa di bawah Fasal 338 KUHP dan boleh dikenakan hukuman penjara lebih 10 tahun jika disabit bersalah. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!