BNM dijangka longgarkan dasar monetari menjelang mesyuarat MPC - Maybank IB

Mesyuarat MPC BNM yang akan datang berkemungkinan menarik perhatian peserta pasaran berikutan tiada perubahan selama dua tahun.
Mesyuarat MPC BNM yang akan datang berkemungkinan menarik perhatian peserta pasaran berikutan tiada perubahan selama dua tahun.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka melonggarkan dasar monetari menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 8 Mei depan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Maybank IB berkata pendirian sedemikian akan menunjukkan kesediaan bank pusat untuk melonggarkan dasar jika perlu, pada masa sama mengekalkan Kadar Dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus, sekiranya data menunjukkan ekonomi kekal berdaya tahan.

"Penurunan OPR berpotensi berlaku pada separuh kedua 2025, BNM dijangka menurunkan kadar berkenaan pada mesyuarat MPC pada Julai ini. Justeru, penurunan kadar seterusnya dijangka pada September atau November, jika data ekonomi tidak merosot pada tempoh yang pantas,” katanya.

Selain itu, Maybank IB berkata penuruan kadar oleh BNM secara berturut-turut tidak sesuai ketika ini kerana tiada krisis ekonomi atau kewangan global, BNM kebiasaannya menggunakan pendekatan dasar monetari yang sederhana, melaraskan kadar dasar pada kadar yang diukur.

"Selain itu, dasar tarif dilaksanakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tertakluk kepada perubahan, rundingan masih diteruskan. Kami percaya penggubal dasar memberi perhatian kepada kedua-dua risiko penurunan kepada pertumbuhan dan risiko kepada inflasi," katanya.

Maybank IB berkata memandangkan perubahan dalam dasar monetari mengambil masa, penurunan 25 mata asas (bps) dijangka berlaku pada separuh kedua 2025, seterusnya tidak berubah untuk menilai perubahan dalam keadaan ekonomi dan ketegangan geopolitik global sebelum mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Menurut Maybank IB, mesyuarat MPC BNM yang akan datang berkemungkinan menarik perhatian peserta pasaran berikutan tiada perubahan selama dua tahun disebabkan tiada apa-apa yang berlaku sejak kenaikan kadar terakhir pada Mei, 2023.

"Ketegangan perdagangan telah mengubah keseimbangan risiko kepada pertumbuhan domestik dan inflasi," katanya.

Sementara itu, Rizab Persekutuan (Fed) AS ketika ini mencerminkan kira-kira 50-55 peratus kebarangkalian berlaku penurunan menjelang Jun depan dan menjelang Julai, ia dijangka tidak mempengaruhi keputusan kadar BNM yang besar, kebanyakannya ditentukan berdasarkan data domestik dan bagaimana perkembangan global mempengaruhi keadaan tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!