Mayat ditelan lubang benam ditemui selepas tiga bulan

Mangsa ditelan lubang benam ketika kejadian pada akhir Januari lalu.
Mangsa ditelan lubang benam ketika kejadian pada akhir Januari lalu.
A
A
A

TOKYO – Mayat seorang pemandu trak yang ditelan lubang benam berhampiran ibu kota Jepun kira-kira tiga bulan lalu akhirnya ditemui, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Penemuan jasad lelaki berusia 74 tahun itu dibuat oleh pasukan penyelamat ketika operasi di lokasi kejadian di sebuah jalan di bandar Yashio.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk proses mengenal pasti identiti mayat tersebut,” ujar jurucakap polis.

Lubang benam yang berpunca daripada paip pembetungan berkarat itu terbentuk pada akhir Januari lalu dan mempunyai kedalaman 16 meter (m).

Pada mulanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan halangan kerana keadaan permukaan jalan yang kurang stabil.

Saiz lubang benam tersebut turut melebar sehingga 40 meter, iaitu hampir bersamaan dengan saiz kolam renang Olimpik.

Jumlah kejadian lubang benam di Jepun telah meningkat kepada 10,000 kes pada tahun fiskal 2022 dan sebahagian besar daripadanya berkait rapat dengan sistem pembetungan di kawasan bandar.

Pada 2016, sebuah lubang benam gergasi selebar 30 meter dan sedalam 15 meter muncul di laluan sesak di bandar Fukuoka dan dipercayai berpunca daripada projek pembinaan kereta api bawah tanah di lokasi berhampiran. – AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!