Wanita rugi lebih RM200,000 diperdaya 'Parcel Scam'

Seorang usahawan wanita berusia 50-an kerugian wang simpanannya berjumlah RM262,700 selepas diperdaya sindiket ‘Parcel Scam’.
Seorang usahawan wanita berusia 50-an kerugian wang simpanannya berjumlah RM262,700 selepas diperdaya sindiket ‘Parcel Scam’.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang usahawan wanita berusia 50-an kerugian wang simpanannya berjumlah RM262,700 selepas diperdaya sindiket ‘Parcel Scam’.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian berlaku setelah wanita itu berkenalan dengan seorang lelaki ‘Amerika Syarikat’ melalui media sosial sejak hujung tahun lepas yang kononnya ingin membeli kondominium mewah di Malaysia untuk dijadikan pelaburan.

Beliau berkata, wanita itu telah dihubungi oleh pihak yang menyamar sebagai syarikat kurier menyatakan terdapat bungkusan mengandungi dokumen dan sejumlah wang tunai untuk mangsa tetapi telah ditahan pihak kastam.

“Wanita itu telah memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan untuk urusan kastam, insurans dan lain-lain bagi mendapatkan bungkusan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya usahawan itu yang menyedari ditipu, kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Daerah Kajang baru-baru ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Ahmad Dzaffir seterusnya menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah percaya dengan panggilan telefon dan mesej palsu oleh mana-mana individu yang menyamar sebagai pegawai atau anggota polis, Kastam dan pihak syarikat kurier sehingga menjadi mangsa sindiket Parcel Scam. - Bernama

Artikel Berkaitan: