Dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas di sungai

KUALA KRAI - Dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas di sungai Kampung Kilat di sini pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Zulhilmi Baharudin berkata, dalam kejadian itu kedua-dua mangsa dikenali sebagai Irruwan Rantau, 17, dan Rahidi Rantau, 16.
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 8.21 malam dan seramai tujuh anggota telah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 81.6 kilometer (km).

"Menurut laporan daripada komander operasi pada jam 11 malam, jentera bomba tidak dapat menghampiri lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, anggota bertugas terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke lokasi kejadian dan selamat tiba pada jam 12.10 tengah malam.
Zulhilmi berkata, operasi mencari dan menyelamat akan dimulakan pada Ahad disebabkan cuaca gelap dan hujan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

