Pakistan berjaya laksana ujian peluru berpandu balistik jarak dekat

Pakistan pada Sabtu berjaya melaksanakan ujian pelancaran latihan "Abdali Weapon System” dari permukaan ke permukaan. Foto video Pakistani ISPR's
Pakistan pada Sabtu berjaya melaksanakan ujian pelancaran latihan "Abdali Weapon System” dari permukaan ke permukaan. Foto video Pakistani ISPR's
A
A
A

ISLAMABAD - Pakistan pada Sabtu berjaya melaksanakan ujian pelancaran latihan "Abdali Weapon System” dari permukaan ke permukaan, menurut kenyataan tentera yang dipetik agensi berita Xinhua.

Pelancaran itu yang diadakan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan "Ex INDUS" bertujuan memastikan kesiapsiagaan operasi angkatan strategik Pakistan serta mengesahkan parameter teknikal utama, termasuk sistem navigasi canggih dan keupayaan manuver yang dipertingkat, menurut Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), sayap media tentera.

Misil Abdali dengan jarak 450 kilometer direka untuk serangan tepat dan menyumbang kepada keupayaan pencegahan Pakistan, menurut ISPR.

Susulan kejayaan pelancaran itu, Presiden dan Perdana Menteri Pakistan bersama pegawai kanan angkatan tentera mengucapkan tahniah kepada anggota yang terlibat.

Mereka turut menyatakan keyakinan penuh terhadap keupayaan angkatan strategik Pakistan dan mengulangi komitmen negara untuk mengekalkan tahap pencegahan minimum yang boleh dipercayai demi pertahanan negara. - Bernama/Xihua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!