X

Kindly register in order to view this article
!

Lagi lima individu disahkan positif Covid-19

DR NOOR HISHAM
A
A

PUTRAJAYA - Lagi lima individu disahkan positif koronavirus (Covid-19) setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripada jumlah berkenaan merupakan generasi kedua bagi kes ke-26.

"Mereka terdiri daripada ahli keluarga, kakitangan kepada kes generasi pertama," katanya.

Menurutnya, dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 55 kes.

"Sehingga kini, jumlah kes positif bagi kluster berkaitan kes ke-26 adalah 26 kes," katanya

"Siasatan dan pengesanan kontak bagi kluster tersebut masih dilakukan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Covid-19 di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi mengelak keadaan panik di pejabat apabila terdapat kes positif atau disyaki dalam kalangan anggota agensi, KKM menasihatkan agar tidak perlu membuat penutupan pejabat.

"Memadai dilakukan pembersihan dan nyahkuman atau disinfeksi dengan kerap di kawasan yang selalu disentuh," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, anggota yang dikenal pasti sebagai kontak rapat oleh KKM akan dibuat saringan kesihatan.

"KKM berharap mereka yang dikenal pasti bertenang dan sentiasa bekerjasama dengan memberi maklumat yang tepat apabila dihubungi atau dikenal pasti sebagai kontak rapat," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau meminta semua pihak tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus