Amaran suhu ekstrem 45–55°C adalah palsu - APM

Berita palsu suhu ekstrem yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan beberapa platform media sosial menggunakan nama APM.
Berita palsu suhu ekstrem yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan beberapa platform media sosial menggunakan nama APM.
A
A
A

PUTRAJAYA – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan sekeras-kerasnya penyebaran berita palsu berhubung amaran suhu ekstrem yang tular di media sosial, kononnya dikeluarkan oleh agensi itu.

APM dalam satu kenyataan berkata, maklumat yang sedang tular di aplikasi WhatsApp dan beberapa platform media sosial berkaitan ‘Amaran Suhu Akan Meningkat Antara 45 Hingga 55°Celcius’ adalah tidak benar.

"APM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung ramalan suhu ekstrem yang bakal melanda negara.

"APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini kerana ia boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan itu katanya, APM menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Menurutnya, orang ramai perlu merujuk kepada sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan lain-lain agensi kerajaan yang bertanggungjawab.

"Pastikan mendapat informasi sahih serta terkini mengenai keadaan dan amaran cuaca menerusi sumber rasmi dan sah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!