Empat warga China ditahan di Makkah promosi haji palsu di media sosial

Peronda keselamatan polis Makkah menahan empat warga China kerana melakukan penipuan melalui penyebaran iklan kempen haji palsu di media sosial - Foto Agensi
Peronda keselamatan polis Makkah menahan empat warga China kerana melakukan penipuan melalui penyebaran iklan kempen haji palsu di media sosial - Foto Agensi
A
A
A

MAKKAH – Pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi menahan empat warga China selepas mereka didapati terlibat dalam aktiviti penipuan dengan menyebarkan iklan kempen haji palsu di media sosial, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kesemua suspek didakwa mempromosikan pakej palsu yang kononnya menawarkan penginapan dan pengangkutan untuk jemaah haji di tanah suci, sekali gus mengelirukan orang ramai.

Direktorat Keselamatan Awam memaklumkan bahawa semua individu terbabit telah ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang, sebelum dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk siasatan lanjut.

Pihak berkuasa turut menegaskan komitmen mereka dalam membanteras sebarang bentuk penipuan berkaitan haji, termasuk penyebaran maklumat palsu atau penawaran perkhidmatan tidak sah.

Orang ramai, khususnya warga tempatan dan jemaah, diseru untuk mematuhi peraturan haji dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan menghubungi talian kecemasan 911 bagi kawasan Mekah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi wilayah lain di seluruh kerajaan Arab Saudi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!