Tukang cuci didakwa curi rantai emas, tabung syiling warga emas

Muhammad Syafiq (tengah) mengaku tidak bersalah mencuri rantai emas dan tabung syiling milik warga emas.
Muhammad Syafiq (tengah) mengaku tidak bersalah mencuri rantai emas dan tabung syiling milik warga emas.
A
A
A

MELAKA - Seorang tukang cuci dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan mencuri rantai emas dan tabung syiling milik seorang warga emas.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Mohamad Izhar, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi individu yang masih bebas, didapati dengan niat mencuri rantai emas milik arwah isteri pengadu serta sebuah tabung syiling milik pengadu berusia 66 tahun, tanpa pengetahuan mangsa.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah di Taman Pandan Jaya 1, Balai Panjang, di sini pada 22 April lalu, melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM15,060.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM6,000.

Tertuduh yang diwakili Peguam Umar Zulkarnain memohon agar jumlah jaminan direndahkan atas budi bicara mahkamah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!