SPAN turunkan kadar sumbangan pembentung awam

SPAN dalam satu kenyataan berkata punca utama gangguan adalah disebabkan masalah sistem perpaipan dalaman di premis universiti yang dilaksanakan oleh pemaju.
SPAN dalam satu kenyataan berkata punca utama gangguan adalah disebabkan masalah sistem perpaipan dalaman di premis universiti yang dilaksanakan oleh pemaju.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menurunkan kadar sumbangan untuk sambungan ke pembentung awam yang dikenakan kepada pemaju sejak 1 Mac lalu.

SPAN dalam kenyataan pada Jumaat berkata, langkah tersebut dijangka dapat membantu mengurangkan harga jualan rumah dan bakal memudahkan golongan berpendapatan rendah serta sederhana memiliki kediaman sendiri.

Menurutnya, kadar sumbangan yang sebelum ini ditetapkan secara pukal pada kadar satu peratus daripada harga jualan, kini dikurangkan mengikut harga rumah secara berperingkat.

“Rumah berharga tidak melebihi RM80,000 dikenakan kadar sumbangan RM1,000 bagi setiap projek dan rumah berharga lebih daripada RM80,000 hingga RM150,000 dikenakan 0.25 peratus daripada harga jualan.

“Bagi rumah berharga lebih daripada RM150,000 hingga RM300,000, kadar sumbangan ditetapkan pada 0.5 peratus, manakala rumah lebih daripada RM300,000 hingga RM500,000 pula dikenakan 0.75 peratus daripada harga jualan dan rumah melebihi RM500,000 kekal pada kadar asal satu peratus daripada harga jualan,” katanya.

Tambah SPAN, bagi projek kerajaan, bayaran diselaraskan kepada kadar tetap RM900 bagi setiap pendudukan setara, berbanding satu peratus daripada kos kontrak setiap unit sebelum ini bagi memastikan perubahan kos kontrak tidak lagi mempengaruhi kadar bayaran.

SPAN juga memperkenalkan kadar khas untuk kategori bangunan seperti rumah ibadat; kadar sumbangan RM100 bagi semua bangunan yang dibina dalam satu projek, bangunan kebajikan dan komuniti; masing-masing pada kadar serendah RM100 serta sekolah kerajaan dan sekolah khas; RM100 bagi semua bangunan yang dibina dalam suatu projek.

“Langkah ini mencerminkan aspirasi Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan asas rakyat serta mendukung pembangunan yang mampan atau inklusif.

“Meskipun kerajaan menjangka penurunan hasil kutipan sebanyak 15 peratus, pindaan ini dijangka bakal menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!