Wang simpanan lebih RM330,000 lesap terpedaya pelaburan tidak wujud

Seorang lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah lebih RM330,000 lesap akibat diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud. Gambar hiasan
Seorang lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah lebih RM330,000 lesap akibat diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud. Gambar hiasan
A
A
A

BATU PAHAT – Seorang lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah lebih RM330,000 lesap akibat diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa yang juga pekerja kilang mula menerima mesej mengenai pelaburan yang menawarkan pulangan keuntungan tinggi menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu tidak dikenali.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan pelaburan tersebut telah berhubung dengan suspek bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Setelah berjaya diyakinkan, mangsa telah bersetuju untuk menyertai pelaburan berkenaan.

“Antara tempoh 19 Februari hingga 18 Mac 2025, mangsa telah melakukan sebanyak 12 transaksi berjumlah RM330,400 ke dalam dua akaun bank berbeza.

“Suspek turut menjanjikan pulangan yang lebih lumayan sekiranya mangsa terus membuat pembayaran tambahan, bagaimanapun selepas gagal mendapat sebarang keuntungan seperti dijanjikan, mangsa menyedari dirinya telah ditipu lalu membuat laporan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!