393 calon SPM Kedah dapat semua A

Antara calon pelajar cemerlang bersama guru dan ibu bapa ketika pengumuman keputusan SPM peringkat negeri Kedah dibuat di SMK Ibrahim hari ini.
Antara calon pelajar cemerlang bersama guru dan ibu bapa ketika pengumuman keputusan SPM peringkat negeri Kedah dibuat di SMK Ibrahim hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai 393 iaitu 1.49 peratus calon sekolah kerajaan di negeri Kedah berjaya memperoleh semua gred A bagi semua mata pelajaran dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, keputusan SPM di negeri ini mencatatkan peningkatan dengan Gred Purata Negeri 5.02 berbanding 5.05 pada 2018, manakala Gred Purata Nasional (GPN) ialah 4.90.

Menurutnya, pencapaian calon-calon SPM 2019 di bandar dan luar bandar juga turut menunjukkan peningkatan.

"Pencapaian calon bandar ialah 4.68 pada 2019 berbanding 4.70 pada 2018, manakala pencapaian calon luar bandar juga meningkat iaitu 5.36 pada tahun 2019 berbanding 5.41 bagi tahun 2018.

"Sebanyak 15 sekolah mencapai Gred Purata di bawah 3.0 dengan pertambahan dua sekolah berbanding tahun lalu," katanya dalam pengumuman keputusan SPM di Dewan Tunku Ibrahim, SMK Ibrahim hari ini.

Enam calon yang memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran diambil bergambar sebaik sahaja selesai pengumuman dibuat.
Enam calon yang memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran diambil bergambar sebaik sahaja selesai pengumuman dibuat.

Aziz berkata, bagi mata pelajaran teras, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi sebanyak 0.17 peratus iaitu 6.51 peratus bagi tahun 2018 kepada 6.34 pada 2019.

Katanya, sebanyak 64 sekolah pula melepasi pencapaian GPN 4.90 daripada 197 sekolah.

Artikel Berkaitan:

"Sejumlah 22,424 iaitu 85.10 peratus calon 2019 (keseluruhan 26,859 calon) layak mendapat sijil berbanding 23,121 iaitu 85.42 peratus calon pada 2018," katanya.

Sementara itu, Abd Aziz turut mengumumkan enam calon berjaya memperoleh gred A+ untuk semua mata pelajaran iaitu Nur Wardina Mat Akhir (11A+) dari Sekolah Berasrama Penuh Kubang Pasu, Chen Ying Yan (11A+) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, Dhanya Ravintharan (11A+) dari SMK Sultan Badlishah, Chua Shang Hang (10A+) dari SMK Ibrahim, Kavinah Veenayagam (10A+) dari SMK Ibrahim dan Aisyah Sofiyya Hassan (9A+) dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.

Bagi kategori istimewa, Samuel Lau Zhi Hang dari SMK Air Merah diumumkan cemerlang dengan pencapaian 9A (2A+ dan 7A) manakala Muhammad Muslim Ahmad Shukari dari SMK Pokok Sena dengan pencapaian 5A (3A dan 2A-), 1B dan 1D.