SPRM cari Tiffany

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung satu kes yang sedang dijalankan.
SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, individu terbabit dikenali sebagai Heah Li Yew atau Tiffany, 45.
"Wanita ini beralamat terakhir di Jalan SS17/1 H, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Fadzli Alias di talian 03-8870 0559 atau 017-281 7736," katanya pada Rabu.
Katanya, maklumat juga boleh disalurkan melalui e-mel kepada mfadzli@sprm.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!