Lelaki 'amuk', tiga jemaah ditikam ketika solat Subuh

Seorang lelaki menikam tiga jemaah termasuk ketua RT hingga maut ketika solat Subuh di Bojonegoro, dipercayai akibat dendam pertikaian tanah.
Seorang lelaki menikam tiga jemaah termasuk ketua RT hingga maut ketika solat Subuh di Bojonegoro, dipercayai akibat dendam pertikaian tanah.
A
A
A

BOJONEGORO – Jemaah di sebuah surau berdepan detik menggemparkan selepas seorang lelaki mengamuk dan menikam tiga mangsa ketika mereka menunaikan solat Subuh.

Kejadian itu berlaku di Musala Al-Manar, RT 04 RW 02, Desa/Kecamatan Kedungadem, Kabupaten Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia pada Selasa.

Pelaku dikenali sebagai Sujito, 67, dan tindakannya menyebabkan Ketua RT setempat, Abdul Aziz, 63, meninggal dunia manakala dua yang lain cedera.

“Dua mangsa yang mengalami kecederaan ialah isteri mangsa, Arik Wijayanti, 60, dan jiran mereka, Cipto Rahayu, 60, yang kini dirawat di RSUD Bojonegoro.

“Saksi mendakwa Sujito datang ke musala itu sambil membawa sebilah parang ketika para jemaah bersiap menunaikan solat Subuh. Abdul diserang dari belakang dan tidak sempat mengelak. Jemaah lain menjerit ketakutan,” lapor Tribunnews.com.

Menurutnya, isteri mangsa cuba menghentikan tindakan pelaku, namun turut ditikam.

“Bahagian kepala Arik cedera parah. Cipto yang cuba menenangkan Sujito juga ditetak,” jelasnya lagi.

Sujito kemudiannya menyerah diri di Mapolsek Kedungadem dan parang yang digunakan telah dirampas sebagai barang bukti.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan lanjut sedang dijalankan. Dia mengaku motif serangan adalah kerana dendam peribadi akibat pertikaian tanah. Pelaku berang kerana tanah miliknya dijadikan jalan awam oleh Abdul selaku Ketua RT,” menurut jurucakap polis, AKP Bayu Adjie Sudarmono. – Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!