Polis buru dua lelaki ragut rantai leher wanita warga emas

Dua lelaki menaiki sebuah motosikal meragut rantai leher seorang wanita warga emas di Kampung Pandan, pada Ahad.
Dua lelaki menaiki sebuah motosikal meragut rantai leher seorang wanita warga emas di Kampung Pandan, pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa ragut di hadapan sebuah kuil di Kampung Pandan, di sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa berusia 60 tahun sedang berjalan menuju ke keretanya.

"Tiba-tiba mangsa didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal, kemudian meragut rantai emas dipakainya.

"Beberapa individu cuba membantu menangkap kedua-dua suspek, namun tidak berjaya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Syahrul Anuar berkata, hasil temubual dengan anak saudara mangsa menyatakan ibu saudaranya tidak mengalami kecederaan.

"Bagaimanapun, salah seorang saksi mengalami kecederaan di tangan ketika cuba menangkap kedua-dua suspek.

"Hasil perbualan lanjut, wanita itu masih dalam keadaan trauma dan belum membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, pegawai penyiasat yang ditugaskan telah diarahkan untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pihak pengurusan kuil bagi membantu siasatan selain mengesan kedua-dua suspek.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!