Polis kesan dua lelaki Myanmar saksi kes bunuh

Polis sedang mengesan dua lelaki Myanmar untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Butterworth, pada 5 hingga 7 Mei depan. Gambar hiasan
Polis sedang mengesan dua lelaki Myanmar untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Butterworth, pada 5 hingga 7 Mei depan. Gambar hiasan
A
A
A

NIBONG TEBAL - Polis sedang mengesan dua lelaki Myanmar untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Butterworth, pada 5 hingga 7 Mei depan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar dalam kenyataan berkata, mereka ialah Than Htut Aung, 48, dan Than Htut, 47, masing-masing memiliki pasport bernombor MC970548 dan MC871691.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mereka menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Nazrul Hisham Musa menerusi talian 01156655560 atau mana-mana balik polis berhampiran. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!