Bukit Jalil, Mak Cik Petir datang!

Nasrah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Petir sudah bersedia menggegarkan pentas akhir Piala Malaysia antara Sri Pahang dan JDT malam ini.
Nasrah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Petir sudah bersedia menggegarkan pentas akhir Piala Malaysia antara Sri Pahang dan JDT malam ini.
A
A
A

HUJAN, ribut atau petir... tiada satu pun mampu menghalang langkah seorang penyokong fanatik Sri Pahang FC, Nasrah Abu, 53, untuk berada di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.

Dikenali sebagai Mak Cik Petir, wanita luar biasa ini sudah bersedia menggegarkan pentas akhir Piala Malaysia antara Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan semangat yang tidak pernah luntur.

“Ini bukan sekadar perlawanan bola sepak. Ini maruah Pahang. Saya akan pastikan pemain rasa kehadiran kami,” katanya dengan penuh semangat.

Wataknya yang lantang, berpakaian ikonik warna kuning biru dan sentiasa berada di kerusi penyokong setiap kali Tok Gajah beraksi menjadikan Mak Cik Petir figura yang cukup dikenali.

Suaranya yang sering bergema dari bangku penyokong, bukan sekadar sorakan tetapi pancaran cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

“Kami bukan pergi ke SNBJ saja-saja. Kami bawa doa, harapan dan semangat rakyat Pahang.

“Kalau JDT kuat, Tok Gajah ada taringnya sendiri,” ujar ibu kepada dua anak berusia 16 dan 20 tahun ini.

Nasrah akan menyarung jersi bernombor sembilan milik pemain kegemarannya, Kpah Sherman yang terlepas perlawanan akhir tersebut akibat penggantungan.
Nasrah akan menyarung jersi bernombor sembilan milik pemain kegemarannya, Kpah Sherman yang terlepas perlawanan akhir tersebut akibat penggantungan.

Artikel Berkaitan:

Biarpun berasal dari Batu Pahat, Johor, Nasrah sudah lebih satu dekad menetap di Kuantan.

Di situlah Nasrah membesarkan anak-anaknya dan di situlah juga jiwanya melekat kepada pasukan Sri Pahang.

“Arwah atuk pesan, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Anak-anak saya lahir di Kuantan, saya pun cari rezeki di Kuantan.

“Jadi saya pegang prinsip arwah atuk beri sokongan kepada pasukan di mana saya tinggal,” katanya sambil tersenyum, namun matanya berkaca.

Bagi aksi final nanti, Nasrah akan menyarung jersi bernombor sembilan milik pemain kegemarannya, Kpah Sherman yang terlepas perlawanan akhir tersebut akibat penggantungan.

“Saya harap barisan pemain yang diberikan tanggungjawab oleh Fandi Ahmad dapat memberikan aksi terbaik dan tidak gentar berdepan JDT.

“Apa pun, saya harap mereka tidak mensia-siakan peluang keemasan yang dinanti selama 11 tahun ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!