Fadhli Shas teruja aksi final

KAPTEN Sri Pahang FC, Fadhli Shas memberi jaminan bahawa pasukannya akan memberikan segalanya di atas padang, meskipun mereka berdepan pasukan pilihan, Johor Darul Ta'zim.
Menurutnya, Sri Pahang akan cuba memberikan saingan hebat kepada JDT sekali gus mencipta kejutan malam ini.
“Bagi kami, nothing to lose. Apa yang penting sekarang adalah untuk terus fokus pada perlawanan dan mengikuti taktikal yang telah diterapkan oleh jurulatih.
“Kami akan memberikan segala usaha untuk mencipta kejutan,” ujar Fadhli.
Pada final edisi 2014, Fadhli menyarung jersi JDT, namun Harimau Selatan tewas kepada Pahang menerusi penentuan sepakan penalti.
“Ini salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dalam karier bola sepak saya.
“Bermain di pentas yang sama tetapi dengan dua pasukan berbeza,” ujar Fadhli yang berharap rezeki berpihak kepadanya untuk menjulang trofi Piala Malaysia bersama skuad Tok Gajah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!