Kanak-kanak cedera pada mata akibat kapsul pencuci meletup

Kapsul pencuci pakaian dapat menarik perhatian kanak-kanak. Foto Agensi
Kapsul pencuci pakaian dapat menarik perhatian kanak-kanak. Foto Agensi
A
A
A

SYDNEY - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengalami kecederaan serius pada mata selepas kapsul pencuci pakaian meletup di wajahnya, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar perubatan di Australia.

Kejadian malang itu menyebabkan mangsa mengalami luka melecur kimia yang teruk pada bahagian mata dan memerlukan rawatan kecemasan segera.

Menurut laporan 7NEWS, pakar perubatan kini mengeluarkan amaran kepada ibu bapa agar lebih berwaspada berikutan peningkatan kes kecederaan melibatkan kapsul pencuci pakaian yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Mangsa mengalami luka melecur kimia yang teruk pada bahagian mata. Foto Agensi
Mangsa mengalami luka melecur kimia yang teruk pada bahagian mata. Foto Agensi

“Kanak-kanak cenderung melihat kapsul ini seperti objek menarik disebabkan bentuk dan warnanya yang menyerupai gula-gula. Ini menyebabkan mereka mahu memicit atau menggigitnya, dan boleh menyebabkan kapsul itu meletup,” kata seorang pakar oftalmologi tempatan.

Tambah beliau, bahan kimia dalam kapsul berkenaan berisiko tinggi menyebabkan kerosakan mata kekal, terutama jika terkena secara langsung pada bahagian sensitif seperti mata atau kulit.

Susulan insiden itu, ibu bapa dinasihatkan menyimpan bahan pencuci seperti kapsul di tempat tinggi dan sukar dicapai kanak-kanak, selain mengutamakan langkah keselamatan ketika menggunakannya. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!