Kanak-kanak perempuan maut jatuh tingkat enam PPR Batu Muda

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam PPR Batu Muda.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam PPR Batu Muda.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini petang Isnin.

Berdasarkan maklumat penduduk, sebelum kejadian, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dilaporkan sedang bermain bersama adik-beradiknya di kawasan lapang di hadapan rumah.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap serta tidak sedarkan diri di bawah Blok C, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya.

Pemerhatian di lokasi kejadian juga mendapati tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kita menerima maklumat berkaitan kes itu pada jam 2.24 petang, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!