Kertas siasatan kes pelakon lelaki didakwa pukul kekasih dirujuk ke IPK Selangor

Shahrulnizam (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung kes pelakon lelaki didakwa pukul kekasih di Ara Damansara
Shahrulnizam (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung kes pelakon lelaki didakwa pukul kekasih di Ara Damansara
A
A
A

PETALING JAYA – Kertas siasatan kes membabitkan pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya hingga cedera di Ara Damansara, di sini, telah dirujuk ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kertas siasatan itu telah dirujuk ke Bahagian Perundangan IPK Selangor, namun beberapa tindakan masih perlu dilengkapkan.

“Kami perlu melengkapkan beberapa tindakan yang diminta oleh Bahagian Perundangan dan selepas itu barulah ia akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya pada Jumaat.

Pada Rabu, polis telah merakam keterangan pelakon terbabit, bagaimanapun pelakon berbadan sasa itu tidak ditahan dan dibebaskan selepas rakaman percakapan diambil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa mangsa telah memuat naik gambar kecederaan yang dialaminya di laman sosial Instagram. Mangsa turut berkongsi gambar kecederaan di bahagian mata dan badan yang didakwa dilakukan oleh aktor bertubuh sasa tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!