Polis rakam keterangan pelakon lelaki didakwa pukul kekasih

Polis merakam keterangan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul kekasihnya hingga cedera dalam kejadian di Ara Damansara, baru-baru ini.
Polis merakam keterangan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul kekasihnya hingga cedera dalam kejadian di Ara Damansara, baru-baru ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis merakam keterangan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul kekasihnya hingga cedera dalam kejadian di Ara Damansara, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek hadir untuk memberi keterangan malam tadi.

"Suspek bagaimanapun tidak ditahan sebelum dibebaskan selepas proses rakaman percakapan selesai.

"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya pada Khamis.

Terdahulu, media melaporkan bahawa polis akan memanggil pelakon lelaki terbabit dalam masa terdekat selepas menerima laporan daripada kekasihnya, 7 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa mendakwa dipukul di muka dan badan oleh suspek menggunakan tangan.

"Siasatan mendapati mangsa pernah membuat laporan polis terhadap suspek pada tahun lalu berhubung kejadian sama, namun laporan itu ditarik balik oleh mangsa sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!