Lee Chong Wei antara pemegang saham besar Magma Group

Magma Group Bhd. Gambar kecil: Chong Wei
Magma Group Bhd. Gambar kecil: Chong Wei
A
A
A
SHAH ALAM - Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei antara pemegang saham utama baharu dalam Magma Group Bhd selepas syarikat itu memuktamadkan pengambilalihan tanah bernilai RM80 juta di Persiaran Dutamas, Kuala Lumpur.

Memetik laporan The Edge, pengambilalihan tersebut melibatkan peruntukan saham baharu oleh Magma kepada Skyload Express Sdn Bhd yang kini memegang 120 juta saham atau 7.7 peratus kepentingan langsung dalam syarikat tersebut.

Pengarah Urusan Magma, Datuk Seri Thomas Liang Chee Fong berkata, kemasukan pemegang saham utama baharu memberi isyarat positif terhadap hala tuju kumpulan dalam sektor hospitaliti dan pembangunan hartanah.

“Skyload dimiliki 55 peratus oleh Empire Solaris Sdn Bhd dan 45 peratus oleh Chong Wei. Secara tidak langsung, pemilikan Chong Wei dalam Magma meningkat kepada 8.15 peratus, selain pegangan langsung sebanyak 1.7 peratus.

“Kami yakin sokongan mereka akan mempercepatkan lagi usaha untuk mengukuhkan asas perniagaan Magma,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata, Magma Kiara Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Skyload Express bagi tanah yang sudah mendapat kelulusan apartmen servis dan ruang komersial.

“Urus niaga tersebut dibiayai melalui bayaran tunai RM8 juta, terbitan 120 juta saham biasa baharu Magma, serta saham keutamaan boleh tebus tidak boleh tukar (RPS).

“Perjanjian itu muktamad pada 25 Mac lalu selepas semua syarat dipenuhi,” ujarnya.

Tambahnya, dengan perkembangan itu, jumlah pegangan Pengerusi Eksekutif Magma, Datuk Seri Lee Hock Seng meningkat kepada 19.42 peratus, termasuk 7.75 peratus secara langsung dan 11.67 peratus secara tidak langsung.
Artikel Berkaitan:


“Seorang lagi pemegang saham Empire Solaris, Lee Kim Hai turut memperoleh 7.7 peratus kepentingan tidak langsung,” katanya.

Saham Magma ditutup pada 36.5 sen pada Khamis, susut 1.5 sen atau empat peratus menjadikan nilai pasaran syarikat sebanyak RM525.3 juta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!