Shah Alam dilanda hujan batu, pokok tumbang

Tangkap layar video yang dimuat naik pengguna Facebook memaparkan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dilanda hujan batu.
Tangkap layar video yang dimuat naik pengguna Facebook memaparkan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dilanda hujan batu.
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Shah Alam dilaporkan dilanda hujan batu selepas hujan lebat melanda kira-kira jam 4 petang, Ahad.

Menurut seorang pengguna Facebook yang berkongsi mengenai fenomena itu, Zaem Nordin, kejadian berkenaan sempat dirakam ketika dia sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 9 di sini.

Menerusi video tersebut, hujan batu itu didapati bersaiz kecil dan sebesar ibu jari jelas kelihatan di atas rumput.

Tangkap layar video yang dimuat naik pengguna Facebook memaparkan hujan batu di Shah Alam.
Tangkap layar video yang dimuat naik pengguna Facebook memaparkan hujan batu di Shah Alam.

Seorang lagi pengguna Facebook, Azmi Radar Saham turut berkongsi video keterujaannya kerana pertama kali melihat fenomena itu secara langsung.

"Shah Alam hari ini hujan batu. Pertama kali tengok depan mata. Boleh pakai baju 'winter'," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beberapa kejadian pokok tumbang turut dipercayai berlaku di sekitar Seksyen 9 dan Seksyen 17 ketika hujan lebat melanda.

Artikel Berkaitan:

Kejadian pokok tumbang di Seksyen 17 yang dikongsi pengguna Facebook.
Kejadian pokok tumbang di Seksyen 17 yang dikongsi pengguna Facebook.

Menurut pengguna Facebook Mohd Izzudin Salahudin, terdapat empat kejadian pokok tumbang berlaku di sepanjang laluan Persiaran Kayangan menghala ke Universiti Selangor (Unisel) dari Plaza Masalam.

"Hujan lebat di Shah Alam. Elakkan melalui Persiaran Kayangan menghala ke Unisel dari Plaza Masalam. Sekurang-kurangnya terdapat empat kejadian pokok tumbang di sepanjang laluan tersebut," ujarnya.

Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di Persimpangan Shah Alam. Foto Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia
Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di Persimpangan Shah Alam. Foto Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan, terdapat pokok tumbang di Persimpangan Shah Alam arah utara dari Setia Alam ke Shah Alam menyebabkan trafik perlahan.

"Lorong kanan dan kiri terhalang. Trafik perlahan. Sentiasa berwaspada ketika dalam pemanduan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!