Jasmine gabung budaya, inovasi AI dalam siri resipi muzikal, drama TikTok

Ketua Bahagian Penjenamaan dan Pembangunan Produk Jasmine Food Corporation, Farhan Hafetz (enam dari kanan) dan Pengarah dan Penulis Skrip, Khairol Azhar Abd Jalil (lima dari kanan) bersama barisan pelakon melancarkan Seharum Bunga Jasmine? drama eksklusif TikTok pada Majlis Jamuan Raya Jasmine di sebuah restoran di ibu negara pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN- MOHD HALIM ABDUL WAHID
Ketua Bahagian Penjenamaan dan Pembangunan Produk Jasmine Food Corporation, Farhan Hafetz (enam dari kanan) dan Pengarah dan Penulis Skrip, Khairol Azhar Abd Jalil (lima dari kanan) bersama barisan pelakon melancarkan Seharum Bunga Jasmine? drama eksklusif TikTok pada Majlis Jamuan Raya Jasmine di sebuah restoran di ibu negara pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN- MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jasmine Food Corporation Sdn Bhd tampil dengan pendekatan baharu menerusi dua inisiatif digital Dapur Irama dan Seharum Bunga Jasmine, yang menyatukan elemen budaya tempatan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama di negara ini.

Ketua Bahagian Penjenamaan dan Pembangunan Produknya, Farhan Hafetz berkata, Dapur Irama menampilkan konsep unik di mana setiap resipi dimasak sambil dinyanyikan dalam bentuk lagu pendek.

Menurutnya, lagu-lagu tersebut dihasilkan menggunakan teknologi AI, namun proses memasak tetap disahkan oleh dua chef profesional bagi memastikan keaslian resipi terpelihara.

Farhan Hafetz. FOTO SINAR HARIAN- MOHD HALIM ABDUL WAHID
Farhan Hafetz. FOTO SINAR HARIAN- MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Setiap lagu disusun dengan teliti, dengan AI sebagai alat bantuan sahaja. Ramai menganggap AI mudahkan kerja, tapi sebenarnya banyak proses manusia yang terlibat untuk hasilkan sesuatu yang berkualiti," jelasnya ketika sidang media pelancaran inisiatif digital berkenaan di sebuah restoran pada Khamis.

Farhan berkata, pendekatan ini bertujuan memudahkan penonton untuk mengingati resipi, selain memberikan sentuhan hiburan agar tidak bosan dengan kandungan masakan biasa.

Malah, pemilihan resipi turut memberi tumpuan kepada makanan tradisional dari seluruh negara termasuk burasak dari Johor dan nasi dagang.

Menurut beliau, siri Dapur Irama telah mendapat sambutan luar biasa dengan lebih 9 juta tontonan sejak diperkenalkan pada Ramadan lalu sekali gus membuktikan bahawa kandungan yang segar dan unik mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Selain Dapur Irama, Jasmine turut melancarkan drama pendek TikTok bertajuk Seharum Bunga Jasmine yang bakal ditayangkan selama sebulan bermula 25 April.

Drama bersiri berdurasi dua hingga tiuga minit setiap episod itu mengisahkan Ken, anak kepada seorang jutawan yang menyamar sebagai pekerja restoran bagi mencari calon terbaik untuk menggantikan CEO syarikat keluarganya.

“Drama ini menggabungkan konflik, pengajaran serta elemen hiburan ringan yang sesuai ditonton pada bila-bila masa melalui telefon pintar.

"Ini strategi baharu kami yang memfokuskan kepada ‘edutainment’ kandungan yang menghibur tetapi masih menyampaikan nilai dan mesej jenama,” kata Farhan.

Pelakon yang diketengahkan terdiri daripada bintang-bintang digital yang sedang meningkat naik, yang mempunyai pengaruh besar di media sosial walaupun bukan wajah arus perdana di televisyen.

Mengulas lanjut, Farhan menjelaskan bahawa Jasmine memilih untuk tidak menjalankan sebarang pertandingan atau promosi bersifat gimik, sebaliknya menumpukan usaha menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang menyentuh hati pengguna dan memupuk hubungan yang lebih mendalam.

“Pengguna hari ini tidak lagi tertarik dengan iklan biasa. Mereka mahukan jalan cerita, elemen pengajaran dan sesuatu yang dekat dengan emosi mereka,” ujarnya.

Inisiatif ini turut melibatkan kerjasama rapat bersama agensi dan beberapa pempengaruh digital bagi memastikan capaian yang lebih meluas di platform seperti TikTok.

Kedua-dua inisiatif Dapur Irama dan Seharum Bunga Jasmine kini boleh ditonton secara eksklusif menerusi akaun TikTok rasmi Jasmine di @jasminefoodmy, manakala kandungan resipi turut dikongsi di platform media sosial lain syarikat itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!