Maritim lupus syabu bernilai RM67,400

Pihak berkenaan ketika melakukan kerja melupuskan dadah bernilai RM67,000 di Bukit Rambai pada Khamis.
Pihak berkenaan ketika melakukan kerja melupuskan dadah bernilai RM67,000 di Bukit Rambai pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan melaksanakan proses pelupusan dadah jenis syabu seberat 10 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM67,400 di Medivest Sdn Bhd Bukit Rambai di sini, pada Khamis.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, dadah yang dilupuskan merupakan hasil rampasan dalam beberapa siri operasi penguatkuasaan yang dilakukan pihaknya sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, proses pelupusan yang dilaksanakan ini mengikut prosedur yang ketat dan terkawal tempat berkenaan. setelah menerima perintah rasmi mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.

Pelupusan dadah seberat 10kg yang dilaksanakan mengikut prosedur yang ketat.
Pelupusan dadah seberat 10kg yang dilaksanakan mengikut prosedur yang ketat.

“Setiap sesi dihadkan kepada maksimum 80 kilogram bahan untuk pelupusan dengan tempoh kira-kira lapan jam untuk proses penghancuran lengkap sehingga menjadi abu.

“Pelupusan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memerangi jenayah rentas sempadan, terutamanya penyeludupan dadah melalui perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Jelasnya, sisa abu hasil pelupusan tersebut akan disalurkan kepada syarikat berdaftar yang diiktiraf untuk tujuan penanaman abu secara sah dan terkawal, selaras dengan garis panduan pihak berkuasa.

"Ujarnya, program ini bukan hanya mengenai pemusnahan dadah, tetapi ia juga mencerminkan kejayaan kerjasama antara Maritim Malaysia, agensi penguat kuasa lain dan komuniti tempatan dalam usaha menjaga keselamatan perairan negara.

"Proses ini jelas beliau dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan tiada sisa yang boleh memberi impak negatif kepada alam sekitar," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tindakan ini juga menandakan langkah tegas Maritim Malaysia dalam membanteras kegiatan penyeludupan dadah yang berterusan, sekaligus memastikan perairan negara bebas daripada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat Malaysia.

"Dengan pelaksanaan prosedur pelupusan yang ketat, jelas komitmen agensi ini dalam memperkukuhkan keselamatan perairan Malaysia," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!