UiTM Lions bidik final Liga MSNS-KRS

Pasukan ragbi UiTM Lions yang mengambil bahagian dalam saingan Liga MSNS-KRS 2025.
Pasukan ragbi UiTM Lions yang mengambil bahagian dalam saingan Liga MSNS-KRS 2025.
A
A
A

PASUKAN ragbi UiTM Lions meletakkan sasaran tinggi untuk mara ke perlawanan akhir Liga Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)-Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) 2025 selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga pada edisi lalu.

Ketua jurulatih UiTM Lions, Zamri Abd Kahar berkata, sasaran itu merupakan penanda aras utama (KPI) bagi mencerminkan peningkatan berterusan prestasi pasukan hasil persiapan rapi yang dijalankan sejak awal tahun ini.

“Seramai 35 pemain telah dipilih untuk menyertai skuad musim ini, yang majoritinya terdiri daripada pelajar UiTM Shah Alam, selain turut disertai oleh dua pemain berbakat dari UiTM Cawangan Pahang.

“Kami menampilkan keseimbangan antara pemain senior dan junior, sekali gus membolehkan kami menerapkan pelbagai teknik serta taktikal permainan yang lebih berkesan.

“Saya yakin dengan kekuatan yang ada, UiTM Lions mampu mendominasi perlawanan menentang lawan,” katanya.

UiTM Lions dijadual membuka kempen musim ini menentang ARC Knight di Padang Utara, Petaling Jaya pada 27 April ini.

Menurut Zamri, komposisi semasa pasukan yang merangkumi 60 peratus pemain berpengalaman memberi kelebihan dari segi kepimpinan dan ketenangan di atas padang.

“Gabungan pengalaman dan semangat muda ini diharap mampu melonjakkan prestasi keseluruhan pasukan pada musim ini,” tambah beliau.

UiTM Lions yang menjalani latihan individu secara konsisten sejak awal tahun kini giat menjalani latihan berpusat selepas semester baharu bermula tiga minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, pasukan turut menerima suntikan semangat apabila syarikat SI Clothing dan Koalamir tampil selaku penaja, menyumbangkan jersi dan t-shirt latihan untuk kegunaan pasukan yang bakal bersaing dalam Divisyen Satu musim ini.

INFO LIGA MSNS-KRS 2025

(26 April - 5 Julai)

Venue: di Padang Astaka, Petaling Jaya

Perlawanan akhir pusingan kedua

(12 dan 13 Julai)

Venue: Stadium Sultan Suleiman, Klang.

DIVISYEN SATU

KL Tigers RFC

UiTM Lions

RMAF Blackhawks

Cobra

RSC K9s

ARC Knight

DIVISYEN DUA

SMS Old Boys

Rhinoz Warriors

Cobra Stings

KL Tigers RFC

DIVISYEN WANITA

Cobra Venom

ATM

Sarawak RFC

UPNM Barbarians

KL Tigers RFC

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!