Jaga hubungan dengan ALLAH rahsia peroleh 9A+

Adlin Maisarah (tengah) ketika mengetahui keputusan SPM 2024 yang menyaksikan dia meraih 9A
Adlin Maisarah (tengah) ketika mengetahui keputusan SPM 2024 yang menyaksikan dia meraih 9A
A
A
A

MARAN - [DIKEMAS KINI] "Saya cuba jaga hubungan baik dengan ALLAH SWT setiap hari."

Demikian kata Adlin Maisarah Azhan,18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat di sini selepas diumumkan antara empat calon terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Pahang dengan meraih 9A+.

Anak kepada Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Profesor Ts Dr Azhan Hashim dan pensyarah kimia organik, Aiza Harun itu memberitahu, setiap hari sebelum dan selepas belajar, dia akan berdoa supaya dipermudahkan urusan untuk menuntut ilmu.

"Saya juga buat tahajud, solat hajat dan banyak berdoa untuk mencapai sasaran.

"Selain itu saya pastikan untuk menjaga hubungan baik dengan ibu bapa dan sangat bersyukur dengan dorongan, motivasi diberikan selain guru dan pihak sekolah banyak membantu selama ini," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Anak bongsu daripada empat itu hanya meraih 9A pada peperiksaan percubaan.

Pelajar aliran Sains Tulen itu juga memberitahu, fokus dalam pelajaran juga banyak membantu dirinya selain mengikuti semua tuisyen yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Ditanya perancangannya selepas ini, Adlin memberitahu dia berminat untuk menyambung pengajian di Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) demi mencapai impiannya untuk bergelar juru X-ray atau ahli radiologi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!