Anak Menteri Pendidikan raih 8A SPM

Anak kedua Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2024. Foto: Facebook Fadhlina Sidek
Anak kedua Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2024. Foto: Facebook Fadhlina Sidek
A
A
A

KAJANG - Anak kedua Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Fadhlina meluangkan masa lebih satu jam di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, di sini untuk menemani anaknya yang dikenali sebagai Sarah bagi mengambil keputusan sebelum melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang, di sini pada Khamis.

“Saya pun gembira, anak saya dapat keputusan hari ini. Alhamdulillah...8A,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina menerusi hantaran di Facebook menzahirkan rasa syukur atas kejayaan tersebut dan memberi kebebasan kepada anaknya untuk membuat pilihan jurusan.

“Kesyukuran kami panjatkan kepada ALLAH SWT untuk nikmat ini. Pastinya kerana usaha Sarah yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.

Anak kedua Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2024. Foto: Facebook Fadhlina Sidek
Anak kedua Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2024. Foto: Facebook Fadhlina Sidek

“Untuk Sarah, terima kasih atas keputusan cemerlang ini. Mama dan baba pulangkan kepada Sarah untuk pilihan langkah selanjutnya.

“Nampak gaya jika tidak pengajian Islam atau syariah pasti undang-undang macam mama dan baba juga,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Fadhlina turut mengingatkan kepada ibu bapa agar menerima keputusan yang diperoleh anak-anak dan memberi bimbingan agar mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Apa pun keputusan anak-anak kita pada hari ini, ucapkan tahniah dan bersyukur. Redha atas keputusan mereka kerana ia usaha anak-anak kita mengikut daya dan kemampuan mereka.

“Teruskan memberi pedoman dan bimbingan agar mereka terus menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang tertinggi,” katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!