Muhammaf Faiz calon sesuai ganti Dr Afif

Dr Roslan Ahmad
Dr Roslan Ahmad
A
A
A

GEORGETOWN - Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang meminta kerajaan negeri mempertimbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil sebagai calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu.

Ia susulan peletakan jawatan Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Afif Bahardin hari ini.

Pengerusinya, Dr Roslan Ahmad berkata, Amanah negeri itu yakin kemampuan dan kebolehan Muhammad Faiz selain latar belakangnya yang profesional.

Menurutnya, pengalaman yang dimiliki pemimpin itu akan memberikan kesan yang amat positif dalam membantu pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam menjayakan wawasan Penang 2030.

"Amanah telah membuktikan bahawa kami adalah rakan yang setia kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi krisis politik di peringkat persekutuan baru-baru ini.

"Kami akan terus menjadi rakan yang setia di peringkat negeri bagi memastikan keutuhan kerajaan PH Pulau Pinang," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang sahkan Afif letak jawatan Exco

Terdahulu dalam sidang akhbar tengah hari tadi, Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Dr Afif sebagai ahli Exco kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Dr Afif menyerahkan surat peletakan jawatan kepadanya sebelum mesyuarat Exco kerajaan negeri pada jam 8.15 pagi tadi.

"Dr Afif hanya meletak jawatan sebagai Exco yang mana beliau masih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berikutan Afif masih ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR),"katanya.

Sementara itu, Dr Afif dijangka akan mengadakan sidang media khas di kediamannya pada jam 3.30 petang nanti.