Bayi dipercayai mangsa dera meninggal dunia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Bayi lelaki yang kritikal selepas dipercayai didera pengasuhnya di Taman Permai di sini Isnin lalu, meninggal dunia di Hospital Sibu hari ini.

Aariz Harraz Zahin Azman, sembilan bulan, menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya Hajijah Tahir pada 11.55 pagi selepas alat sokongan hayatnya dihentikan pada 11.30 pagi.

Bayi tersebut disahkan ‘mati otak’ pada 9.10 pagi semalam oleh pasukan perubatan yang merawatnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, keputusan untuk menghentikan mesin sokongan hayat itu dipersetujui oleh ibu bapa bayi malang berkenaan semalam selepas hasil ujian ke atas otak mangsa untuk kali kedua semalam kekal sama.