Lebih enam juta ahli bakal jana pertumbuhan ekonomi: SKM

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gerakan koperasi, dengan lebih enam juta ahli yang kebanyakannya daripada golongan B40, akan terus berperanan sebagai antara peneraju utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

SKM berkata, entiti terbesar itu turut bersedia menghadapi segala cabaran dan membantu memenuhi hasrat kerajaan di bawah kepimpinan baharu untuk menangani isu rakyat khususnya kos sara hidup.

“Sehingga Disember 2019, sektor pemborongan dan peruncitan koperasi telah mencatatkan nilai berjumlah hampir RM1 bilion menerusi rangkaian rantaian bekalan dan logistik serta 25,000 kedai runcit yang diusahakan di seluruh negara untuk menangani masalah kos sara hidup rakyat,” menurut SKM dalam kenyataan hari ini.

Inisiatif SKM seperti Kedai Harga Patut (KHP) Koperasi di seluruh negara berjaya membantu menyediakan serta meningkatkan akses dan ketersediaan barangan kepada seluruh pengguna pada harga berpatutan, menurut suruhanjaya itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: