Fama usaha dapatkan persijilian gula apong

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Ishak Ismail (tengah) mengacau gula Apong sebagai gimik pelancaran promosi gula Apong di Medan Niaga Satok hari ini.
Program itu bertujuan mempromosikan gula Apong sebagai 'signature' produk negeri Sarawak keluaran usahawan tempatan. - Foto Bernama
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Ishak Ismail (tengah) mengacau gula Apong sebagai gimik pelancaran promosi gula Apong di Medan Niaga Satok hari ini. Program itu bertujuan mempromosikan gula Apong sebagai 'signature' produk negeri Sarawak keluaran usahawan tempatan. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) kini sedang berusaha untuk mendapatkan pensijilan antarabangsa bagi mengukuhkan lagi potensi gula apong untuk memasuki pasaran global.

Pengerusi Fama, Ishak Ismail berkata pensijilan itu penting sebelum dapat mengeskport produk dan kini pihaknya sudah menetapkan gula apong untuk diangkat sebagai Produk Juara atau Signature Product bersama 14 lagi produk lain yang akan dilancarkan pada peringkat kebangsaan pertengahan tahun ini.

"Selain pasaran Eropah, gula apong Sarawak akan kita pasarkan di Semenanjung Malaysia, beberapa negara Asia dan di Timur Tengah," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Promosi Gula Apong Sebagai Signature Produk Negeri Sarawak di Medan Niaga Satok, di sini, hari ini.

Ishak berkata, bagi menjamin kuantiti produk mampu memenuhi keperluan eksport, pengusaha harus memastikan bekalan sumber yang berterusan.

"Turki akan menjadi pintu masuk produk gula apong Sarawak dalam usaha menembusi pasaran lebih luas di Eropah," katanya.

Ishak berkata, perbincangan sudah diadakan bersama beberapa ahli perniagaan di negara yang terletak di sempadan benua Asia dan Eropah untuk mengeksport gula unik yang dihasilkan dari nira nipah itu.

Ishak turut lega dengan langkah kerajaan negeri yang kini berusaha mempeluaskan kawasan tanaman nipah terutamanya di Kampung Tambak, Pusa dalam Bahagian Betong bagi menampung sumber air nira yang diperolehi daripada nipah liar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beting Maro, Razali Gapor berkata, selain kawasan nipah sedia ada seluas kira-kira 50 hektar di Kampung Tambak itu, satu kawasan Taman Nipah diwujudkan di kampung tersebut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Taman Nipah seluas 10 hektar itu yang diwujudkan dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM2 juta mula dibuka tahun ini.

Katanya, Taman Nipah itu bukan sahaja menambahkan lagi pengeluaran sumber nira untuk penghasilan gula apong, malah akan menjadi produk agro pelancongan yang menarik di Pusa. - Bernama