Rizab antarabangsa BNM merosot lagi kepada AS$111.4 bilion

Rizab antarabangsa BNM merosot kepada AS11.4 bilion pada 30 Jun 2023 daripada AS13 bilion dicatatkan pada 15 Jun 2023.
Rizab antarabangsa BNM merosot kepada AS11.4 bilion pada 30 Jun 2023 daripada AS13 bilion dicatatkan pada 15 Jun 2023.
A
A
A
RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) merosot kepada AS$111.4 bilion pada 30 Jun 2023 (AS$1=RM4.4.66) daripada AS$113 bilion dicatatkan pada 15 Jun 2023.

Dalam kenyataan pada Jumaat, BNM berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Katanya, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$99.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).



Jumlah aset sebanyak RM622.48 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM522.05 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.60 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM60.09 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM181.92 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.11 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM182.29 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.39 bilion), deposit-deposit lain (RM38.25 bilion), kertas Bank Negara (RM19.41 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.05 bilion). - Bernama