SPRM panggil semula Ismail Sabri Khamis ini

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bekas Perdana Menteri itu dipanggil semula untuk meneruskan rakaman percakapan.

"Khamis ini beliau akan meneruskan rakaman percakapan berhubung pengisytiharan harta yang telah dibuat oleh beliau kepada SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Perdana Menteri kesembilan itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!