CeIO pemacu budaya integriti - Azam Baki

Azam ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa.
Azam ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejayaan agenda integriti nasional bergantung kepada komitmen menyeluruh semua pihak termasuk kepimpinan tertinggi, pelaksana dasar dan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, program CeIO bukan sekadar latihan semata-mata sebaliknya merupakan pelaburan strategik jangka panjang.

"Ia merupakan satu fokus dalam usaha membina sistem tadbir urus yang telus, beretika dan bebas rasuah.

"Kejayaan agenda integriti nasional memerlukan usaha kolektif, CeIO berperanan sebagai pemacu utama budaya integriti dalam organisasi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Selasa.

Seramai 586 pegawai daripada sektor awam, syarikat berkepentingan kerajaan (SBK) dan sektor swasta telah ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre (WTC) di sini.
Seramai 586 pegawai daripada sektor awam, syarikat berkepentingan kerajaan (SBK) dan sektor swasta telah ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre (WTC) di sini.

Katanya, semua peserta ditauliahkan selepas berjaya melengkapkan empat modul utama Program CeIO yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

"Modul berkenaan meliputi Pengurusan Integriti dan Perundangan; Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan serta Tatatertib; Pematuhan, Pengukuhan Integriti dan Tadbir Urus serta Pembentukan Pelan Integriti dan Pengurusan Risiko Rasuah.

"Pegawai Integriti Bertauliah berperanan merancang, melaksana serta memantau keberkesanan program integriti di samping menjadi pemangkin kepada pembudayaan kerja berintegriti serta pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, seramai 586 pegawai daripada sektor awam, syarikat berkepentingan kerajaan (SBK) dan sektor swasta telah ditauliahkan sebagai CeIO pada majlis konvokesyen berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Indera Junipah Wandi.

Program CeIO diperkenalkan pada 2010 bagi memperkasa tadbir urus dan integriti dalam sektor awam, SBK serta swasta dan sehingga kini seramai 2,851 pegawai telah dilatih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!