Guru lelaki direman kes gangguan seksual terhadap pelajar, bekas pelajar

Seorang guru yang berkhidmat di sebuah sekolah swasta di daerah ini direman empat hari bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual terhadap pelajar.
Seorang guru yang berkhidmat di sebuah sekolah swasta di daerah ini direman empat hari bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual terhadap pelajar.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang guru yang berkhidmat di sebuah sekolah swasta di daerah ini direman empat hari bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual terhadap pelajar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, pihaknya menerima dua laporan berkaitan kejadian berkenaan oleh dua mangsa yang masing masing berusia 15 dan 25 tahun.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Alor Setar dan suspek berusia 34 tahun telah ditahan pada jam 4.45 petang pada Sabtu.

"Dalam laporan pertama yang diterima pada 18 April, mangsa yang merupakan bekas pelajar kepada guru tersebut mendakwa pernah diganggu secara seksual melalui hantaran pesanan berbaur lucah selain mengajak melakukan hubungan seks.

"Mangsa tampil membuat laporan polis setelah mendapat tahu bahawa guru tersebut turut melakukan perbuatan sama terhadap pelajar lain," katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

Sementara itu, dalam laporan kedua yang diterima pada 19 April pula, mangsa kedua juga mendakwa telah menerima hantaran berbaur lucah dari guru yang sama.

Siti Nor Salawati berkata, selain meminta gambar bogel, suspek turut mengajak untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa.

Menurutnya, bimbang akan keselamatan diri dan khuatir perkara sama berlaku ke atas pelajar lain, kedua dua mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 23 April bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian ini, khuatir akan menimbulkan kegusaran terhadap ketenteraman awam," ujarnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(a)/11 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 yang mana jika disabit kesalahan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua duanya bagi kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

Bagi kesalahan seksual terhadap kanak kanak pula, tersabit bolehlah dikenakan seksaan penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua duanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!