Cikgu direman lima hari kes amang seksual

Seorang guru lelaki direman lima hari disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga murid perempuan.
Seorang guru lelaki direman lima hari disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga murid perempuan.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang guru lelaki direman lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap tiga murid perempuan berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Mutiara Rini.

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mohammad Izham Mohd. Aliyas.

Suspek berusia 47 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Difahamkan, suspek yang merupakan guru mata pelajaran Matematik, dipercayai telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di kawasan sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan mengesahkan penahanan guru terbabit di sekitar kawasan Iskandar Puteri, semalam.

“Kita menerima tiga laporan polis berkaitan amang seksual fizikal melibatkan tiga mangsa yang masing-masing berusia sembilan tahun.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun ini dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun serta sebatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!