X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Politik wang, rakyat nilailah sendiri: Ramli

Ramli Mohd Nor - Foto Bernama
A
A

CAMERON HIGHLANDS - "Nilailah sendiri." Demikian respons calon BN, Ramli Mohd Nor mengenai penularan gambar wanita memakai baju logo PH mengagihkan wang kepada penduduk Orang Asli.

Katanya, selama ini PH mendakwa mengamalkan kempen bersih tetapi perkara sebaliknya berlaku.

"Itu yang saya rasa mereka laung-laungkan (kempen) bersih tetapi mereka yang praktik (politik wang). Jadi, nilailah sendiri," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau ditemui selepas sesi ramah mesra dengan penduduk Melayu di Kampung Taman Sedia, di sini.

Ramli turut menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bersih 2.0 untuk menyiasat isu tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!