Anak Raja Petra keluar Gerakan

Raja Sara
Raja Sara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anak penulis blog kontroversi Raja Petra Raja Kamaruddin, Raja Sara hari ini mengesahkan telah keluar daripada parti Gerakan sekali gus melepaskan semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Timbalan Ketua Wanita Gerakan.

“Betul, saya sudah meletak jawatan pada Jumaat lepas,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini.

Surat peletakan jawatannya dikongsi Raja Petra menerusi laman sosial Twitter Jumaat lalu.

Raja Sara, 30, yang menyertai Gerakan pada 2017, merupakan satu-satunya calon wanita yang bertanding bagi jawatan naib presiden pada pemilihan parti, November lalu.

Beliau juga satu-satunya wanita Melayu dalam Jawatankuasa Wanita Gerakan Kebangsaan bagi penggal 2018-2021.

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau berkata pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan Raja Sara pada Jumaat lepas.

"Raja Sara tidak menyatakan sebab apa beliau meletakkan jawatan, tapi kami menerima dan menghormati keputusan beliau," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa pusat pada minggu depan di Pulau Pinang bagi memilih individu yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Artikel Berkaitan:

"Kami akan menyerahkan keputusan kepada Jawatankuasa Wanita Gerakan Kebangsaan untuk memilih sendiri calon yang dirasakan layak mengisi kekosongan jawatan itu," katanya. - Bernama