Dua gerai haram di Bandar Tun Razak dirobohkan

Dua buah gerai yang didapati menyalahi undang-undang telah dirobohkan sepenuhnya - Foto DBKL
Dua buah gerai yang didapati menyalahi undang-undang telah dirobohkan sepenuhnya - Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua gerai haram telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi bersepadu di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak di sini.

DBKL dalam satu kenyataan menjelaskan, tindakan itu diambil di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Operasi yang melibatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor Sdn Bhd ini menyasarkan struktur yang didirikan tanpa kebenaran dan menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Jentolak DBKL menjalankan kerja-kerja meroboh struktur haram di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. - Foto DBKL
Jentolak DBKL menjalankan kerja-kerja meroboh struktur haram di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. - Foto DBKL

"Hasilnya, dua buah gerai yang didapati menyalahi undang-undang telah dirobohkan sepenuhnya," katanya di Facebook pada Jumaat.

Tindakan tegas DBKL itu membuktikan komitmen pihak berkuasa tempatan berkenaan dalam memastikan kawasan Bandar Tun Razak bebas daripada struktur haram yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam.

Menurut hantaran sama, operasi pemantauan dan tindakan serupa akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Justeru, DBKL meminta orang awam untuk terus menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan struktur haram melalui pautan yang disediakan: https://adukl.dbkl.gov.my/.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!