Jurucakap Rumah Putih disindir pakai baju ‘Made in China’

Hantaran Zhang kemudian tular dalam kalangan pengguna media sosial China. - Agensi
Hantaran Zhang kemudian tular dalam kalangan pengguna media sosial China. - Agensi
A
A
A

BEIJING – Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, menjadi tumpuan warga China dan diplomat negara itu susulan dakwaan beliau mengenakan gaun pendek buatan China, sekali gus mencetuskan sindiran terhadap dasar keras pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Beijing.

Insiden tersebut tercetus apabila Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Denpasar, Zhang Zhisheng, memuat naik gambar Leavitt memakai sehelai gaun pendek, yang didakwa diperbuat di sebuah kilang di Mabu, China.

“Menyalahkan China ialah urusan rasmi, membeli dari China pula ialah gaya hidup. Renda cantik pada gaun itu dikenal pasti oleh seorang pekerja kilang sebagai produk syarikat mereka,” tulis Zhang di platform media sosial X baru-baru ini.

Menurut Zhang, hantaran tersebut turut memetik pengguna Weibo yang mendakwa fabrik renda pada gaun itu berasal dari kilang tempatnya bekerja.

Tindakan Zhang itu dilihat sebagai satu sindiran terhadap hipokrasi dasar perdagangan AS di bawah pentadbiran Trump, yang dikenali dengan sikap tegas terhadap China termasuk mengenakan tarif tinggi serta sekatan teknologi.

Namun, barangan buatan China masih digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat AS, termasuk oleh pegawai kanan kerajaan sendiri.

Hantaran Zhang kemudian tular dalam kalangan pengguna media sosial China yang menyifatkannya sebagai contoh jelas bahawa produk keluaran tempatan China kekal mendapat tempat di pasaran antarabangsa, walaupun berdepan retorik politik daripada Barat.

Sehingga kini, Karoline Leavitt belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan atau sindiran tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!