31 ekor kucing peneman warga emas di rumah

Seti Maimunah kini menjaga 31 ekor kucing yang dibela di rumahnya.
Seti Maimunah kini menjaga 31 ekor kucing yang dibela di rumahnya.
A
A
A

SEREMBAN - Kasihnya seorang wanita warga emas terhadap kucing jalanan sehingga sanggup berkongsi ruang sempit di rumahnya di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR) di sini dengan 31 ekor haiwan comel berkenaan.

Bagi Seti Maimunah Abu Hassan, 60, jika dia boleh menjaga kebajikan penduduk di situ sebagai pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), apatah lagi kucing.

Menurutnya, dia mula menjaga seekor kucing jalanan lima tahun lalu selepas anaknya membawa pulang haiwan terbabit.

"Anak saya jumpa kucing itu di tempat kerja suaminya dan dia bawa pulang ke rumah kerana kesian.

Seti Maimunah tidak pernah bosan melayan kucing-kucingnya
Seti Maimunah tidak pernah bosan melayan kucing-kucingnya

"Memandangkan kucing itu tiada kawan, dia pun beli seekor kucing parsi dan dari situ membiak selain pada masa sama anak saya akan bawa balik kucing-kucing jalanan lain yang dia jumpa sehingga menjadikan 31 ekor sekarang," katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, setiap bulan, dia dan empat anak memperuntukkan kira-kira RM3,000 bagi keperluan haiwan terbabit.

Disebabkan itu kata Seti Maimunah, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk bercuti kerana duitnya banyak digunakan untuk kucing.

Artikel Berkaitan:

"Tapi saya tak kisah sebab bagi saya, ini juga cara saya untuk bersedekah dan buat kebajikan.

"Bukan saja manusia saya nak jaga, kucing pun saya nak jaga. Ia memberi satu kepuasan kepada saya," jelasnya.

Tambahnya, dengan adanya kucing-kucing terbabit, hidupnya lebih gembira dan kurang tekanan.

Malah sejak menjaga haiwan comel itu, Seti Maimunah turut merasakan rezekinya dan anak-anak dipermudahkan.

"Ada yang cakap saya jaga kucing banyak macam ini membazir. Tapi, sikit pun saya tak rasa macam itu.

"Kucing-kucing ini semua saya dah anggap macam keluarga saya sendiri dan disebabkan itu dalam rumah, saya lepaskan ia macam itu saja kerana tak sampai hati mengurungnya," kongsinya.

Selain itu katanya, ada yang nyatakan hasrat mahu membeli kucingnya, tetapi ditolak dengan cara baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!