Tular video wanita berpakaian mencolok mata, menari di pesta muzik Songkran

Tangkap layar video tular yang memaparkan beberapa wanita dalam keadaan mencolok mata sedang menari dalam sambutan Songkran baru-baru ini.
Tangkap layar video tular yang memaparkan beberapa wanita dalam keadaan mencolok mata sedang menari dalam sambutan Songkran baru-baru ini.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan berpakaian mencolok mata di sebuah premis ketika sambutan pesta muzik Songkran baru-baru ini.

Difahamkan, pesta itu diadakan di sebuah premis di tepi pantai di Batu Feringghi.

Pesta berkenaan dianjurkan oleh sebuah kelab yang beroperasi di pusat pelancongan itu.

Dalam rakaman video berdurasi 37 saat itu, ia memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan mencolok mata di premis berkenaan.

Lebih mengecewakan, premis tersebut hanya terletak kira-kira 50 meter dari sebuah masjid.

Sinar Harian sedang mendapatkan pihak berkaitan untuk mengulas mengenai penganjuran sambutan tersebut.

Songkran secara tradisinya disambut dengan perhimpunan keluarga, memberi penghormatan kepada warga tua dan nenek moyang, serta melaksanakan ritual keagamaan bagi patung Buddha.

Songkran disambut setiap tahun selama tiga hari bermula 12 April, menandakan permulaan Tahun Baharu Thailand.

Dijangka ribuan rakyat Malaysia akan memasuki negara itu bagi menyertai sambutan festival berkenaan termasuk yang diadakan di kawasan sempadan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, sambutan Songkran turut diraikan di negara ini antaranya di Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!