Tular video aktiviti seludup barang bersubsidi di Tawau

Beberapa individu dilihat sedang memindahkan barang ke dalam bot dipercayai melibatkan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi.
Beberapa individu dilihat sedang memindahkan barang ke dalam bot dipercayai melibatkan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Satu video tular di platform X memaparkan perbuatan beberapa individu sedang memindahkan barang ke dalam bot dipercayai melibatkan kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi di negeri ini.

Video berdurasi 13 saat itu turut disertakan keterangan mendakwa aktiviti tersebut menguntungkan sindiket tetapi merugikan negara.

Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi akaun dikenali sebagai #UpdateInfo mendakwa aktiviti berkenaan dikatakan berlaku di kawasan perumahan Jalan Pantai, Tawau.

"Kawasan perumahan di Jalan Pantai Sabah, telah dijadikan pusat penyeludupan barang subsidi ke negara jiran, pihak berkuasa telah dimaklumkan.

"Kadang-kadang kuasa viral dan suara netizen itu lebih kuat dari suara pegawai yang kenyang," tulis hantaran itu.

Setakat ini, video berkenaan telah mencatat sebanyak 873 tontonan, dikongsi semula oleh 17 pengguna dan menerima 19 tanda suka sejak dimuat naik pada jam 8.37 malam, Selasa.

Meninjau ruangan komen, warga maya menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada negara.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada pihak polis di Tawau berhubung penularan video itu masih belum berhasil setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!