Sekolah Rakyat sedia pendidikan percuma

Pentadbiran Prabowo mahu memutuskan rantaian kemiskinan di bawah program itu.
Pentadbiran Prabowo mahu memutuskan rantaian kemiskinan di bawah program itu.
A
A
A

JAKARTA - Selepas kejayaan Program Makan Bergizi Gratis (MBG) yang dilancarkan pada awal tahun lalu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto merancang untuk membangunkan Sekolah Rakyat pula dan sesi pembelajarannya dijadualkan bermula pada 2025-26.

Setakat ini, lebih 50 lokasi telah dipilih untuk menyelenggarakan program tersebut yang menyediakan program pendidikan secara percuma untuk anak-anak keluarga berpendapatan rendah dan miskin ekstrem.

Objektif utama program itu adalah bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi berkata, sebanyak 200 sekolah akan menyediakan program Sekolah Rakyat itu dengan 147 daripadanya akan dibina pada fasa pertama.

Ia mengutamakan murid dan pelajar daripada keluarga kategori desil satu (fakir miskin) dan desil dua (tingkat ekonomi kurang sejahtera dan miskin).
Ia mengutamakan murid dan pelajar daripada keluarga kategori desil satu (fakir miskin) dan desil dua (tingkat ekonomi kurang sejahtera dan miskin).

“Kami sedang mengejar sasaran 200 buah sekolah pada tahun ini. Sebanyak 53 sekolah sedia ada akan dinaik taraf untuk menjayakan program tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, semua pihak berkaitan sudah menzahirkan kesediaan mereka untuk membuka sekolah percuma itu menjelang Jun depan.

“Kami mahu menyediakan kemudahan pendidikan yang mudah diakses, sekali gus memutuskan rantaian kemiskinan,” jelasnya lagi.

Pada minggu lalu, Menteri Kerja Raya, Dody Hanggodo memaklumkan kementerian beliau bersedia melaksanakan program pembinaan infrastruktur yang diperlukan untuk Sekolah Rakyat tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Program Sekolah Rakyat itu merupakan satu inisiatif bertujuan menyediakan akses yang sama kepada pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak, khususnya mereka yang berasal daripada keluarga kurang bernasib baik,” ujarnya yang mahu terus menyumbang kepada reformasi pendidikan di bawah pentadbiran Prabowo bagi merealisasikan visi Indonesia Emas 2045.

Difahamkan, Sekolah Rakyat itu akan dibuka untuk peringkat sekolah dasar (SD), Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Atas (SMA).

Sekolah Rakyat (Volkschool) pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Dasar ketika era penjajahan Belanda yang pertama kali dibuka di Bandung, Jawa Barat pada 1892.
Sekolah Rakyat (Volkschool) pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Dasar ketika era penjajahan Belanda yang pertama kali dibuka di Bandung, Jawa Barat pada 1892.

Ia mengutamakan murid dan pelajar daripada keluarga kategori desil satu (fakir miskin) dan desil dua (tingkat ekonomi kurang sejahtera dan miskin) berdasarkan data tunggal sosial ekonomi nasional (DTSEN).

Mereka terdiri daripada golongan masyarakat miskin ekstrem, miskin, dan rentan miskin.

Sekolah Rakyat juga menetapkan syarat umur iaitu SD (7-9 tahun), SMP (13-15 tahun) dan SMA (16-21 tahun) serta dibarisi kumpulan guru terpilih lulusan Pendidikan Profesi Guru (PPG).

Sementara itu, Menteri Sosial, Saifullah Yusuf berkata, murid dan pelajar di Sekolah Rakyat akan mendapatkan pendidikan formal selaras dengan kurikulum nasional ditambah pendidikan karakter seperti kepemimpinan, ketrampilan (vokasional), nasionalisme dan keagamaan.

Nelayan di Kota Makassar, Sulawesi Selatan dikenali sebagai Kamaruddin ketika dimaklumkan tentang program itu memberitahu dia teruja dengan idea itu dan mahu mendaftarkan dua orang anaknya.

“Anak pertama saya terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan. Sebagai orang tua, pastinya saya mahu anak bersekolah apatah lagi jika ia diberikan secara percuma.

“Saya berharap dua anak saya dapat melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi,” katanya lagi. - Agensi

-----------------

Info:

>Data Peta Jalan Pendidikan Indonesia 2025-2045, Kementerian Perencanaan Pembangunan Nasional mendedahkan angka tidak sekolah (ATS) untuk golongan berusia 6-18 tahun pada 2023 mencecah 4.2 juta orang.

>Di bawah program Sekolah Rakyat, pemerintah akan memberikan segala keperluan termasuk uniform, asrama dan peralatan sekolah secara percuma.

>Berdasarkan data Badan Pusat Statistik (BPS) pada September 2024, jumlah penduduk miskin Indonesia adalah seramai 24.06 juta orang, 1.62 juta orang berada di Pulau Jawa manakala populasi penduduk miskin ekstrem sehingga Mac 2024 berjumlah 2.3 juta orang.

>Sekolah Rakyat pertama akan didirikan di Bekasi di Unit Pelaksana Teknis (UPT) Sentra Terpadu Pangudi Luhur (STPL), Kota Bekasi, Jawa Barat.

>Sebanyak 100 sekolah akan dibiayai oleh dana kerajaan manakala bakinya akan ditanggung perusahaan swasta.

>Kos pembinaan sebuah Sekolah Rakyat mencecah 150 bilion rupiah (RM45 juta). Dana yang diperlukan untuk pembinaan 200 buah Sekolah Rakyat adalah kira-kira 30 trilion rupiah (RM9 bilion).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!