Islam Hadhari Pak Lah bawa kemajuan negara seiring nilai murni

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
A
A
A

SHAH ALAM - Pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membawa perubahan kepada pembangunan negara khusus dalam aspek kemajuan nilai-nilai murni.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dasar yang digariskan di bawah kepimpinan Allahyarham Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah juga memberi penekanan kepada pembinaan modal insan, sistem pendidikan dan pembangunan luar bandar.

“Di bawah kepimpinan Allahyarham, Malaysia menyaksikan pendekatan Islam Hadhari yang menekankan kemajuan seiring nilai murni, dan penekanan terhadap aspek modal insan, pendidikan serta pembangunan luar bandar,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Allahyarham Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun pada Isnin jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat sumber terdekat dengan keluarga Allahyarham, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu dimasukkan ke wad IJN sejak awal pagi Ahad akibat masalah sakit tua yang dihadapinya sebelum ini.

Ujar Ahmad Shabery, era kepimpinan Allahyarham turut menyaksikan usaha berterusan dalam memperkasa sektor pertanian dan keusahawanan luar bandar.

“Zaman pemerintahan Allahyarham turut menyaksikan penekanan terhadap pengukuhan keupayaan negara dalam pengeluaran makanan seterusnya memberi impak besar kepada FELDA,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!