Makan sepuasnya, bayar seikhlasnya

Kain rentang tertera 'makan sepuasnya, bayar seikhlasnya' menarik perhatian ramai. - Foto: Tribun News
Kain rentang tertera 'makan sepuasnya, bayar seikhlasnya' menarik perhatian ramai. - Foto: Tribun News
A
A
A

JAWA TENGAH - Makan sepuasnya, bayar seikhlasnya, demikian kata-kata yang tertulis pada kain rentang di kedai Abdullah daerah Sukoharjo, Jawa Tengah, Indonesia di sini.

Bukan sekadar gimik, tetapi itulah yang menjadi bualan hangat penduduk dan netizen setelah dimuat naik di akaun Instagram Damai Putri Kharisma.

Pemilik kedai dikenali Ferdiansyah berkata, kedai tersebut mula beroperasi setahun lalu, namun memiliki nama berbeza iaitu kedai Kuyung Feng.

"Konsepnya sama dengan kafe sebelum ini, namun berbeza nama dan corak perniagaan," katanya kepada Tribun News.

Katanya, sebelum kedainya terkenal pelbagai halangan dan dugaan yang ditempuhinya bersama isteri.

"Dalam setahun, benar memang sukar untuk mulakan perniagaan kafe. Tiga bulan pertama perlu bertahan untuk kukuhkan kewangan.

"Keadaan tersebut tidak berubah hinggalah saya terfikir mahu membuat konsep makan sepuasnya, bayar seikhlasnya kepada para pelanggan.

"Ternyata apa yang dilakukan itu berhasil, jika dulu pelanggan hanya beberapa orang tetapi kini meningkat kepada puluhan orang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Instagram Damai Putri Kharisma memuat naik kedai Abdullah hingga tular di laman sosial.
Instagram Damai Putri Kharisma memuat naik kedai Abdullah hingga tular di laman sosial.

Ferdiansyah berasal dari Palembang itu juga menukar nama kedai kepada Abdullah membawa maksud hamba ALLAH.

"Benar kita hamba ALLAH. Perubahan nama kedai memberi impak besar apatah lagi nama kedai ini telah tular di laman sosial.

"Alhamdulillah ramai yang datang. Ya konsepnya seikhlas hati, makan sepuas mana bayar ikut anda. Wang itu juga akan didermakan kepada golongan kurang mampu," katanya melahirkan rasa syukur kerana perniagaannya semakin maju.

Dalam pada itu, netizen juga memberi sokongan kepada pemilik kedai agar terus melaksanakan amal kebajikan dan mengagumi niat murni mereka.

Kata Suwarni Amin, "Mudahaan menjadi contoh kepada orang lain untuk lakukan kebajikan." manakala Moel Daboel berkata, "Kalau mahu makan kita perlu bayar juga seikhlas dan niat untuk menderma, pasti ia membantu."