Pukat hantu 52kg huni dasar Pulau Tenggol

Usaha mengeluarkan pukat hantu dari dasar laut sekitar Pulau Tenggol.
Usaha mengeluarkan pukat hantu dari dasar laut sekitar Pulau Tenggol.
A
A
A

DUNGUN - Sebanyak 52 kilogram pukat hantu berjaya dikeluarkan dari dasar laut sekitar Pulau Tenggol dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Sayangi Tenggol, Ghost Net Removal’ pada Ahad lalu.

Seorang penyelam berpengalaman, Shafuan Zainoddin, 51, berkata operasi pembersihan itu melibatkan 39 peserta yang berjaya mengangkat pukat jenis polyethylene sepanjang kira-kira 70 hingga 100 meter.

Menurutnya, pukat tersebut dikesan berada pada kedalaman antara 22 hingga lebih 30 meter di dasar laut.

Pukat seberat 52kg berjaya dikeluarkan pada kedalaman antara 22 hingga lebih 30 meter di dasar laut.
Pukat seberat 52kg berjaya dikeluarkan pada kedalaman antara 22 hingga lebih 30 meter di dasar laut.

"Operasi mengeluarkan pukat hantu kali ini terpaksa dihadkan sehingga kedalaman 30 meter atas faktor keselamatan, manakala sisa pukat yang berada di dasar lebih dalam masih belum dapat dikeluarkan.

"Jadi, dalam operasi kali ini hanya berjaya potong dan keluarkan pukat yang berada sehingga kedalaman 30 meter, masih ada yang tertinggal di bawah laut," katanya kepada Sinar Harian, pada Selasa.

Shafuan berkata, kebiasaannya, penyelam akan mengambil inisiatif mengeluarkan sendiri apabila mengesan pukat hantu bersaiz kecil di dalam laut.

Antara kumpulan sukarelawan termasuk wakil agensi kerajaan yang terlibat dalam program ‘Sayangi Tenggol, Ghost Net Removal’ pada Ahad lalu.
Antara kumpulan sukarelawan termasuk wakil agensi kerajaan yang terlibat dalam program ‘Sayangi Tenggol, Ghost Net Removal’ pada Ahad lalu.

"Untuk pukat-pukat hantu yang bersaiz besar seperti ini, kita adakan program khas melibatkan beberapa pihak demi menjaga keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga ada berbincang dengan pihak Jabatan Perikanan untuk merangka enam lagi program pembersihan pukat hantu sepanjang tahun 2025," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!